DUNIA PENCEN
adalah suatu dunia baru bagi saya. Cuba bayangkan selama hampir 40 tahun berkhidmat sebagai pegawai kerajaan... bermula tahun 1980 bulan Januari menjadi seorang guru lepasan maktab. Bertugas di sebuah sekolah baru siap dibina di sebuah FELDA! Umur pada masa itu lebih kurang 22 tahun. Amat muda sangat. Lepas STPM terus ke maktab - MPKB (Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan). Sekolah baru ini menerima 8 orang guru pada masa itu dengan murid Tingkatan Satu sebanyak 4 buah kelas dan Peralihan satu kelas.Terlalu banyak kenangan manis dan pahit semasa berkhidmat sebagai guru di Felda. Nanti saya akan ceritakan dimanakah Felda tersebut sebenarnya. Air mata pun dah terasa tergenang dikelopak mata bila terkenangkan perjalanan hidup di FElda ni..



Saya ingin mencoret banyak cerita di sini, tapi mungkin terlalu panjang. Fokus kita adalah untuk menunjukkan jalan perniagaan online.
